Pertempuran dalam Berlin

Pertempuran dalam Berlin
Sebahagian daripada Pertempuran Berlin

Bangunan Reichstag selepas pertempuran
Tarikh23 April – 2 Mei 1945
Lokasi52°31′7″N 13°22′34″E / 52.51861°N 13.37611°E / 52.51861; 13.37611Koordinat: 52°31′7″N 13°22′34″E / 52.51861°N 13.37611°E / 52.51861; 13.37611
Keputusan

Kemenangan Soviet

  • Berakhirnya Perang Dunia Kedua di Eropah
Pihak yang terlibat
Komandan dan pemimpin
Kawasan Pertahanan Berlin:
Kekuatan
Di dalam Kawasan Pertahanan Berlin terdapat lebih kurang 45,000 askar, di tambah dengan pasukan polis, Belia Hitler, dan 40,000 Volkssturm.[b] Untuk pengepungan dan serangan terhadap Kawasan Pertahanan Berlin terdapat 1,500,000 askar.[1]
Kerugian dan korban
  • 100,000 askar mati
  • 175,000 orang awam terkorban.[2]
75,000 mati, 300,000 cedera.[3]

Pertempuran dalam Berlin merupakan fasa terakhir Pertempuran Berlin. Ketika Pertempuran Berlin merangkumi serangan dari tiga Kumpulan Tentera Darat Soviet bagi menawan bukan hanya Berlin tetapi juga wilayah Jerman di sebelah timur Sungai Elbe yang masih dibawah penguasaan Jerman, pertempuran dalam Berlin memperincikan perjuangan dan perletakkan senjata Jerman yang berlaku di dalam bandar.

Kesudahan pertempuran untuk menawan ibu kota Reich Ketiga telah diputuskan ketika fasa pertama Pertempuran Berlin yang berlaku diluar kota tersebut. Sewaktu pihak Soviet mengepung Berlin dan tentera Jerman yang diletakkan untuk menghalang mereka telah dimusnahkan atau dipaksa berundur, nasib bandar ini telah tertutup. Bagaimanapun, terdapat pertempuran lebih sengit di dalam bandar sambil Tentera Merah berjuang di jalanan, lorong ke lorong, ke dalam pusat bandar.

Pada 23 April 1945, angkatan darat pertama Soviet mula menembusi pinggir luar Berlin. Menjelang 27 April, Berlin telah terputus hubungan sepenuhnya dari dunia luar. Pertempuran dalam bandar berterusan sehingga 2 Mei 1945. Pada tarikh itu, Panglima Kawasan Pertahanan Berlin, Jeneral Helmuth Weidling, menyerah diri kepada Panglima Tentera Darat Ke-8 Pengawal Soviet, Leftenan Jeneral Vasily Chuikov. Unit Chuikov adalah elemen dalam Barisan Pertama Belorussia Marsyal Georgy Zhukov.


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/> yang berpadanan disertakan

  1. ^ Beevor 2002, m/s. 287.
  2. ^ Antill 2005, m/s. 85.
  3. ^ Kiederling 1987, m/s. 38–40.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search